Selepas tiga tahun bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone, penyanyi Shila Amzah mengambil keputusan untuk menguruskan kerjayanya sendiri dengan meninggalkan syarikat itu.

Tambah Shila, dia yakin mampu menguruskan perjalanan kerjayanya terutamanya dalam bidang nyanyian dengan lebih baik secara berseorangan.
“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya menguruskan kerjaya saya sendiri, saya faham mereka (Monkey Bone) menguruskan ramai artis dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada saya seorang sahaja.
“Tapi bagi saya pula sebagai penyanyi saya mahu produk saya keluar segera,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program-Program Baru TV3 dan TV9, di sini, Khamis. Source: Mstar
No comments:
Post a Comment