100g gula ising
1 bj telur
400g tepung gandum
1 cmt esen vanila
Cara membuat Pastri Tat Keju Bluberi
- Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
- Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
- Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
- Tekankan kedalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega
- Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
- Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak. Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan.
- Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
- Simpan didalam balang sehingga diperlukan.
Bahan-bahan untuk Inti Tat Keju Bluberi250g krim keju (cream cheese)
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega
1 bj telur
6 cmb krim putar (whipping cream)
2 cmb tepung gandum
2 cmb blueberry filling
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega
1 bj telur
6 cmb krim putar (whipping cream)
2 cmb tepung gandum
2 cmb blueberry filling
Cara membuat inti Tat Keju Bluberi
- Pukul krim keju, mentega dan gula
- Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semuanya bercampur rata.
- Ambil sedikit blueberry filling dan masukkan kedalam kulit tat.
- Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi seluruh blueberry filling. Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
- Titikkan sedikit blueberry filling dibahagian atas dan lorekkan menggunakan lidi yang tajam untuk membuat corak dan hiasan.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit sehingga masak.
Tip Masakan
- Anda boleh mencampurkan 1 cmb susu tepung kedalam adunan pastri untuk memberikan rasa yang lebih lemak pada pastri. Cara ini lebih sesuai sekiranya anda menggunakan majerin untuk menjimatkan kos kerana rasanya seakan-akan anda menggunakan mentega.
- Biarkan mentega dan krim keju pada suhu bilik sebentar untuk memudahkan memukul adunan.
- Tat keju bluberi ini sesuai dijadikan produk jualan kecil-kecilan seperti yang saya buat kerana pastrinya boleh disimpan lama. Bila pastri dah sedia ada, tempahan tat keju bluberi ini boleh disiapkan dalam beberapa minit sahaja.

No comments:
Post a Comment